About Me

My photo
--- juz ordinary gurlz--- "say with humbleness, thanx u a lot , for all the blessings that u give me, for my health, for my famly, for my love ,for my work,my friends & for everything.. give opportunity to those who forgot u & those who don't know u, to know u & get a share of your kindness & mercy.."

anak Ugik

anak Ugik

Friday, October 14, 2011

TRUE LOVE

Find arms that will hold
   You at your weakest...


Eyes that will see you
  at your ugliest...


and a heart that will
  love you at you worst.


Then you have found
   "TRUE LOVE"

Thursday, September 22, 2011

kembalikan senyumku


Sekian lama mendung masih disini
Belum pergi tinggalkan  diriku
Kecewanya hatiku hilangkan relung hati
Hampir saja ku mati rasa padamu
Kembalikan lagi senyumku yang manis seperti dulu
Ku rasa kini aku tak  tertahan
Menahan luka yang amat dalam
Kembalikan lagi senyumku aku tak tahan begini
Semenjak hati dan jiwa luka
Ku kehilangan senyum

Sunday, August 28, 2011

Jangan lupa namaku....


Walau aku tidak bersamamu
Jangan engkau lupakan diriku
Walau aku tiada di sisimu
Jangan engkau lupakan namaku

Kerana…
Aku mengingati mu
Kerana…
Aku men’cintaimu…

Andai aku
Bisa bertemumu
Dengan senyum ku tadah syukurku
Andai aku bisa menyentuhmu
Air mata pasti deras gugur

Kerana…
Aku merindui mu
Kerana aku sentiasa
Menyintaimu oh sepenuh hati

Walau kamu
Jauh di mataku
Jangan aku hilang dalam kalbu
Saat kamu samar mengingati
Jangan aku terus kau lupakan

Kerana aku
Sentiasa mengingatimu
Kerana aku
Sentiasa menyayangimu oh kekasih hati…

Andai aku bisa memelukmu
Pasrah aku tabah diujimu
Andai aku bisa dicintai
Dengan rela menyerahkan hati

Kerana…
Aku merindui mu
Hmmm…Kerana aku sentiasa menyintaimu……

Saturday, August 13, 2011

Ramadhan yang diberkati...


Tetamu yang dinanti ...


Sebulan baru telah datang kepada Anda. Yang terbaik dari seribu bulan. Ini adalah bulan diberkati iaitu Ramadhan. Ini adalah bulan di mana orang-orang percaya sepanjang tahun penuh sukacita menunggu, di mana hamba Allah yang ikhlas sepanjang tahun untuk menunggu. Mereka menghitung hari hingga kedatangan bulan ini. Dan jika bulan ini akhirnya datang, mereka senang dan senang dengan kedatangannya.



Orang-orang dan Ramadhan ...

Banyak kategori manusia yang suka dengan kehadiran ramadhan dengan munculnya didistribusikan bulan ini. Di antara mereka adalah peniaga yang sangat teruja dengan kedatangan bulan ini karena ia akan menjual barang yang diniagakan yang tidak dijual di lain-lain bulan. Dia tidak teruja kerana Allah, namun ia teruja atas untung jualannya. Selain itu, di antara manusia ada orang yang menyambut kedatangan bulan ini kerana rancangan TV, filem dan program di televisyen dapat dilihat tidak ada di bulan-bulan lain selain ramadhan. Mereka senang & suka, tapi bukan kerana  Allah - Maha Kuasa. Dan di antara manusia adalah orang yang bahagia kerana ia akan menghabiskan malam hiburan sia-sia, permainan, muzik yang melalaikan dan ketidaktaatan kepada Allah - Maha Kuasa. Mereka senang, tapi ia telah hilang dan hancur karena sukacita ini.& mereka langsung tidak menyedari kehadiran ramadhan atau buat-buat tidak menyedarinya. Nauzubillahminzalik..

Tapi bagi orang-orang mukmin, mereka gembira kerana kedatangan bulan ini kerana bulan rahmat. Kerana ada di bulan ini adalah malam yang lebih baik dari seribu bulan. Kerana bulan  pengampunan. Tahu keistimewaan  bulan ini, hamba Allah, sehingga Anda tahu apa yang harus dilakukan dalam bulan ini, dan tahu bahawa itu mungkin ramadhan  terakhir dalam hidup kita.Siapa tahu bukan.? Itu semua urusan Allah s.w.t. Maka dengan itu,gunakanlah  bulan ini dengan sebanyak-banyak amalan sebagai hamba Allah.






Monday, June 27, 2011

P.O.K.O.K

1st time dgr lagu POKOK- Meet Uncle Hussain feat Hazama nie mmg aku suke sgt2... lagu nie mmg penuh ngn mesej...tapi aku plg suke lirik yang kt bawah nie... aku rase lom ade lagi artis malaysia wat nyanyi lagu camnie...thumbs up to Hazama& MUH...


Tersesat MALU bertanya...
       tak TAHU.. tak TAHU kemana....
  terlalu banyak ALASAN nya..
             terlalu MAHU dan MAHU...
terLUPA apa yang PERLU....
                  tak MUDAH....namun tak SUSAH...
terserah atas PILIHAN
               terSENTUH hati mula luruh..

Saturday, June 25, 2011

WoRkAh0L!C..???

Kawan-kawan aku ramai yg mule bising, susahnye nak ajak aku kua jalan2 sekarang...ye lah, keje jek memanjang...xsangke minah nie jadik minah workaholic lak...itulah antara bebelan kawan-kawanku..tp ape yang aku mampu hanyelah wat pekak jek...hahaha..ape boley buat.... aku keje dari isnin sampai sabtu... dari 8.00am sampai 7.00pm..kdg2 jek naseb baik dpt balik kul 5... Ahad.pon kdg2 keje gak..lau xkeje pon , msti dah ade program lain bersame famly @ aku lg suke dok umah sbb malas & penat nk g mane2. so dok umah jek la... jimat siket duit gaji bile dok umah. & plg xley trime oleh fmly2 aku time raye haji pon aku keje.tp tu bukan sbb rajen sgt tp sbb company aku x amek cuti smpena raye haji..nak wat camne kan.....hehehehe... & bile dah masok alam pekerjaan  yang x ingat dunia nie jugak lah..sampai nk jmpe jiran2 seblah umah pon susah..apetah lagi nak tau hal & kisah dunia luar nie... sbb tulah mlm2 aku luangkan mase tok layan fb..t0k nak tau gak la kisah2 mmbe @ dunia luar sane... hish..terok jugak an penangan si workaholic nie.... sebenarnye...aku nie bukan la workaholic sgt pon..cume dah keje melambak2 n disebabkn tanggungjawab yg membuatkan kite jadi cam nie..t0l x...  sape kate aku x jeles bile tgk owg laen ade jek mase tok kua n hang out ngn mmbe& fmly,,tp nape aku xde,,? mgkinkah sbb aku nie xpndai mengurus mase...atau aku mmg xpena ade mase t0k wat tu sume... bile dah jadik camnie lah..mule lah...merindukan kembali saat2 study dulu2...pantang weekend jek..ade jek program ngn kawan2..g shopping la..picnic la... layan muvie la.walupun bz ngn lambakan assigment,kuiz , & test..tp tetap ade jek mase t0k wat sume tuh.. mmg happy sgt time tuh..lupe segala masalah utk seketika..ish..cemburu nye ngn mase itu...dptkah aku merasai keseronokan mcm tu lagi..??? mungkin agak susah la kot skrg... Adakah nie tanda-tanda si workaholic or si ho..ho..holicks jek..hahahhaa..=P


Thursday, June 23, 2011

Dengarkan kisahku… .
Dengarkan,
tetapi jangan menaruh belas kasihan padaku:
kerana belas kasihan menyebabkan kelemahan, padahal aku masih tegar dalam penderitaanku..
Jika kita mencintai,
cinta kita bukan dari diri kita, juga bukan untuk diri kita.
Jika kita bergembira,
kegembiraan kita bukan berada dalam diri kita, tapi dalam Hidup itu sendiri.
Jika kita menderita,
kesakitan kita tidak terletak pada luka kita, tapi dalam hati nurani alam.
Jangan kau anggap bahawa cinta itu datang kerana pergaulan yang lama atau rayuan yang terus menerus.
Cinta adalah tunas pesona jiwa,
dan jika tunas ini tak tercipta dalam sesaat,
ia takkan tercipta bertahun-tahun atau bahkan dari generasi ke generasi.
Wanita yang menghiasi tingkah lakunya dengan keindahan jiwa dan raga adalah sebuah kebenaran,
yang terbuka namun rahsia;
ia hanya dapat difahami melalui cinta,
hanya dapat disentuh dengan kebaikan;
dan ketika kita mencuba untuk menggambarkannya ia menghilang bagai segumpal wap.

Tuesday, June 21, 2011

“Pernah kah kau x salah, tapi di salahkan”

“Pernah kah kau x salah, tapi di salahkan”..hmm lirik lagu nie sgt2 mendalam bg aku...  Sebelum nie aku xpernah alaminye..hanya tahu menyanyikan jek..tp bile btol2 tepat kene kat batang idung sndri, bru lah terasa sgt2 pedihnye...sampai x terungkapkan dgn kata2..
Iye, aku tau, aku nie bukan lah manusia sempurna, bukan lah baik sgt..setiap manusia ade keburukannye jugak an, tp aku xde lah sampai nak hancurkan kebahagiaan kawaan aku sendiri... aku x sanggup lah wat cam tu sume... malah aku happy sgt2 bile tgk kawan aku bahagia,walaupun kdg2 diri sndri pon xbrape nak bahagia..... cume aku betul2 xsangka, bile kite selalu doakan kebahagiaan kawan2 kite..tup..tup..dia tuduh kita mcm2 lak...
Hurm..xsangka kan...sedih sgt2 bile mengenangkan masalah nie... xtau dah nak wat camne..ngat kan sume masalah yg mule2 aku anggap remeh temeh nie dah settle. Rupe2 nye tak... kite umur dah meningkat. Dah tibe mase tok fikirkan haluan hidup yang lebih terjamin..bukan lg mase untuk tuduh menuding jari kt owg lain bile kite ditimpa masalah... hmm bile lah masalah ini nak berhenti dari terus mengganggu hidup aku ek..aku dah x larat..sgt2 xlarat nak menghadapinye.. byk lagi masalah lain yg aku patot fikir & kene fikir...
Aku harap kawan aku tu sedar la, aku nie xsuke nak bermusuh @ bermasam muke dgn kawan sendiri... yelah bak kate pepatah” musuh jgn di cari” & yg paling aku xnak sekali kawan lak yang bertukar menjadi musuh..dan yg palin penting sekali ingatlah  menfitnah orang sama dengan dosa membunuh .nauzubillahminzalik.Ya Allah jauhkan aku dari perkara sebegini...amin...

Monday, June 6, 2011

Jangan Putus Asa Dengan Berdoa



Alangkah ramai manusia yang bermohon kepada Tuhan supaya dimakbulkan segala yang diinginkan, namun tidak jua dimakbulkan. Kemudian manusia mengeluh dan bersangka buruk kepada Tuhan, lantas putus asa mencari keredhaan-Nya. Itulah hakikat manusia saban hari.

"berdoalah kepadaKu, dan berimanlah agar kamu memperoleh kebenaran."
(surah Al-Baqarah:186)

Kita tidak berdoa pun Allah sudah sedia mengetahui segala isi hati manusia.
"dan Allah mengetahui apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu lahirkan."
(surah An-Nahl:19)
Jadi, mengapa masih perlu berdoa?
Berdoa sebagai tanda pengabdian diri kita sebagai hamba yang hina lagi dhaif kepada Allah, tidak ada tempat bergantung selainNya.
"cukuplah DIA sebagai tempat manusia bergantung harap dan tawakal."
(surah At-Taubah:129)
Tapi, mengapa masih tak termakbul juga doa?
Pandanglah diri sendiri, adakah kita lebih mencintai Allah daripada kesenangan duniawi? Cepat atau lambat dimakbulkan itu urusan Ilahi, kerana Dia Maha Mengetahui perkara yang terbaik bagi setiap makhluk ciptaan-Nya.
" dan apabila manusia ditimpa bahaya, Dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, Dia (kembali) melalui (jalannya yang sesat), seolah-olah Dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Begitulah orang-orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan."
(surah Yunus:12)
Sekiranya kita tidak dapat perkara yang dihajati, bersyukurlah dengan kondisi diri dinihari. Semakin dekat kita kepada Allah, semakin hebat dugaan. Itu membuktikan Allah sangat kasih kepada sekalian hamba-Nya, agar kita benar-benar ikhlas dalam mencari keredhaan-Nya serta tidak termasuk di dalam golongan yang lalai dan terbiar diabaikan.
Manusia yang diuji sedemikian rupa akan merasa manisnya iman, seolah-olah syurga sudah tersedia di hadapan mata, tapi ingatlah firman Allah dalam (surah Al-Baqarah:214) yang bermaksud:
"Ataukah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (dugaan) seperti (yang dialami) orang-orang yang terdahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan dan digoncang (dengan berbagai cubaan), sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya berkata, "Bilakah datangnya pertolongan Allah?". Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat."
Sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, benarlah doa itu senjata orang-orang mukmin. Yakinlah dengan sepenuh hati. Dunia bukan syurga yang dicari, nikmat kesenangan dunia hanya setitis air di lautan sahaja.
__,_._,___

Saturday, June 4, 2011

Apa yang dicari dalam kehidupan ini......

Salam...


 Dalam dunia yg serba moden serta canggih ini, maka ramailah lahir org bijak pandai,org yg saling mengejar & saling mencabar antara satu sama lain, namun percaya atau tidak sebenarnya ramai orang merasa bingung dalam menghadapi hidupnya sendiri . Tidak tahu apa yang harus dilakukannya, tidak tahu apa yang akan dicari. Dalam menghadapi kebingungan ini segala macam cara ditempuh untuk mendapatkan jawabannya. Ada yang berusaha mendapatkan harga diri, ada yang berusaha mencari kekayaan sebanyak mungkin, ada yang berusaha mencari ilmu dan ada juga segelintir orang yang menyeksa dirinya untuk mendapatkan kenikmatan hidup yang tanpa disedarinya ia telah membunuh dirinya secara perlahan-lahan. Ada sesuatu kekosongan dalam dirinya
Bermacam-macam perkara yang dah dibuat @ dicuba nya , namun kekosongan hati itu tetap berjalan, sampai suatu saat timbul pertanyaan dalam dirinya: “Apa sebenarnya yang aku cari dalam hidup ini? Apa yang ingin aku capai? Apa yang ingin aku perbuat?” bertubi-tubi pertanyaan itu datang yang membuat dirinya bertambah bingung.
Sejenak mereka sempat merenung. Tiba-tiba muncul jawapan pada dirinya yang mana mereka jarang meluangkan masa untuk melihat dirinya sendiri, jarang sempat berbuat untuk dirinya sendiri, jarang sempat menikmati dirinya sendiri. Selama ini yang mereka lihat adalah orang lain. Yang sentiasa ingin bersaing dengan orang lain. Yang sentiasa  ingin berbuat untuk orang lain. Dan ia ingin mengabdi untuk orang lain. Yang mereka lihat, yang mereka cari adalah yang jauh dari dirinya.
Dalam merenung itu ia mulai merasakan betapa ia kehilangan dirinya sendiri, kehilangan hubungan dengan sumber kehidupan, sumber kekuatan, sumber pengetahuannya sendiri. Dalam merenung, kita akan  merasakan yang dirinya jarang berguru atau lebih tepat lagi jarang sekali mengadu  dengan pencipta kita, yang memberikan kehidupan, yang memberikan kasih sayang, iaitu Allah Yang Maha Esa. Dalam merenung, kita mulai bangkit, bangkit untuk maju menghadapi kehidupan.
Sekarang kita semua telah mantap untuk mengarungi lautan yang luas, maju ke angkasa lepas, menghadapi kehidupan yang penuh tentangan, dugaan, dan rintangan. Ia tidak kehilangan arah lagi. Walaupun kehidupan ini seperti kehidupan di dalam rimba: “Siapa yang kuat ia yang menang, siapa yang kuasa ia yang benar,” namun ia tidak ragu-ragu lagi. Keseimbangan antara keperluan material dan spiritual merupakan langkah pasti yang perlu kita  jalani. Kebahagiaan merupakan langkah awal untuk memulakan perjuangan itu tanpa mengikatkan diri pada hasilnya.  Dan,ingatlah bahawa  Allah Yang Maha Esa akan selalu disisi kita dan menerangi kita  untuk selangkah demi selangkah maju, tanpa melihat ke belakang lagi. Jalan terang terbentang di depannya. Cuma, terpulang kepada kita, mahu atau tidak meneruskan perjalanan itu.......

Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita

HAKIKAT BAHAGIA…



Bahagia itu fitrah tabie manusia. Semua orang ingin bahagia. Jika ada manusia yang berkata, alangkah bahagianya kalau aku tidak bahagia, dia layak dihantar ke Hospital Bahagia. Kenapa? Sudah tentu orang itu tidak siuman lagi. Manusia yang siuman sentiasa ingin dan mencari bahagia. Bahkan, apa sahaja yang diusahakan dan dilakukan oleh manusia adalah untuk mencapai bahagia.

• Bahagia itu relatif?

Malangnya, keinginan manusia untuk bahagia sering tidak kesampaian. Ini disebabkan ramai manusia tidak tahu apa makna bahagia sebenarnya dan mereka juga tidak tahu bagaimanakah caranya untuk mendapatkannya. Jika kita mencari sesuatu yang tidak diketahui dan dikenali, sudah pasti kita tidak akan menemuinya. Oleh itu, usaha mencari kebahagiaan itu mestilah bermula dengan mencari apa erti kebahagiaan itu terlebih dahulu.
Apakah erti bahagia? Ada yang beranggapan erti bahagia itu relatif. Ia berubah-ubah dan berbeza antara seorang individu dengan yang lain. Bagi yang sakit, sihat itu dirasakan bahagia. Tetapi apabila sudah sihat, kebahagiaan itu bukan pada kesihatan lagi. Sudah beralih kepada perkara yang lain lagi. Bagi golongan ini kebahagiaan itu adalah satu “moving target” yang tidak spesifik ertinya.  
Ada pula golongan pesimis. Mereka beranggapan bahawa tidak ada bahagia di dunia ini. Hidup adalah untuk menderita. Manusia dilahirkan bersama tangisan, hidup bersama tangisan dan akan dihantar ke kubur dengan tangisan. Bahagia adalah satu utopia, ilusi atau angan-angan. Ia tidak ujud dalam realiti dan kenyataan.
 Sumber dalaman atau luaran?
Sebelum mendapat jawapan tentang erti kebahagiaan yang sebenar, mesti dipastikan sumber kebahagiaan itu. Ia datang dari mana? Apakah bahagia itu datang dari luar ke dalam (outside-in) atau dari dalam ke luar (inside-out)?
Ramai yang merasakan bahawa bahagia itu bersumber dari faktor luaran. Ia bersumber daripada harta, kuasa, rupa, nama dan kelulusan yang dimiliki oleh seseorang. Golongan ini merasakan jika berjaya menjadi hartawan, negarawan, bangsawan, rupawan, kenamaan dan cendekiawan maka secara automatik bahagialah mereka.
Atas keyakinan itu ramai yang berhempas pulas dan sanggup melakukan apa sahaja untuk memiliki harta, kuasa dan lain-lain lagi. Kita tidak bahaskan mereka yang miskin, hodoh, tidak popular dan bodoh, lalu gagal merasakan bahagia tetapi mari kita tinjau apakah hidup para hartawan, rupawan, bangsawan, kenamaan dan cendekiawan itu bahagia?
 Realiti hidup jutawan, rupawan dan selebriti.
Realitinya, sudah menjadi “rules of life” (sunatullah), manusia tidak mendapat semua yang diingininya. Tidak ada seorang manusia pun yang dapat mengelakkan diri daripada sesuatu yang tidak disenanginya. Hidup adalah satu ujian yang menimpa semua manusia, tidak kira kedudukan, harta dan pangkatnya. Firman Allah:
“Dijadikan mati dan hidup adalah untuk menguji manusia siapakah yang terbaik amalannya.” Al Mulk.
Si kaya mungkin memiliki harta yang berjuta, tetapi mana mungkin dia mengelakkan diri daripada sakit, tua dan mati? Inilah yang berlaku kepada Cristina Onasis pewaris kekayaan ayahnya Aristotle Onasis, yang mati pada usia yang masih muda walaupun memiliki harta yang berbilion dollar. Mereka yang rupawan, tidak boleh mengelakkan diri daripada cercaan. Madonna, Paris Hilton (sekadar menyebut berapa nama) pernah dikutuk akibat kelakuan buruk masing-masing. Lady Diana yang memiliki semua pakej kelebihan wanita idaman akhirnya mati dalam keadaan yang tragis dan menyedihkan sekali.
John Lenon tidak dapat mengelakkan diri daripada dibunuh walaupun dirinya dipuja oleh jutaan peminat. Elizabeth Taylor pula sedang membilang usia yang kian meragut kecantikan dan potongan badannya. Itu belum dikira lagi nasib malang yang menimpa negarawan dan bangsawan tersohor seperti Al Malik Farouk (Masir), Shah Iran (Iran), Ferdinand Marcos (Filipina), Louis XVI (Perancis), Tsar (Rusia) dan lain-lain lagi. Tegasnya, kesakitan, cercaan, dijatuhkan dan lain-lain ujian hidup telah menumpaskan ramai hartawan, rupawan, negarawan dan cendekiawan dalam perlumbaan mencari kebahagiaan.
• Bukti hilangnya bahagia.
Apa buktinya, mereka hilang bahagia? Tidak payah kita berhujah menggunakan Al Quran dan Al Hadis, melalui paparan media massa sahaja sudah cukup menjadi bukti betapa tidak bahagianya mereka yang memiliki segala-galanya itu. Aneh, apabila selebriti dari Hollywood, yakni mereka yang memiliki rupa yang cantik, harta yang berbilion dolar, nama yang tersohor tetapi dilanda pelbagai masalah kronik. Senarai nama yang berkenaan cukup panjang …
Mereka yang terlibat dengan arak, rumah tangga cerai berai, dadah, jenayah, sakit jiwa dan bunuh diri ini sudah tentu tidak bahagia. Jika mereka bahagia dengan nama, harta dan rupa yang dimiliki tentulah mereka tidak akan terlibat dengan semua kekacauan jiwa dan kecelaruan peribadi itu. Tentu ada sesuatu yang “hilang” di tengah lambakan harta, rupa yang cantik dan nama yang popular itu.
• Ujian hidup punca hilang bahagia?
Mari kita lihat persoalan ini lebih dekat. Apakah benar ujian hidup menghilangkan rasa bahagia dalam kehidupan ini? Apakah sakit, usia tua, cercaan manusia, kemiskinan, kegagalan, kekalahan dan lain-lain ujian hidup menjadi sebab hilangnya bahagia? Jawabnya, tidak!
Jika kita beranggapan bahawa ujian hidup itu penyebab hilangnya bahagia maka kita sudah termasuk dalam golongan pesimis yang beranggapan tidak ada kebahagiaan di dunia. Mengapa begitu? Kerana hakikatnya hidup adalah untuk diuji. Itu adalah peraturan hidup yang tidak boleh dielakkan. Sekiranya benar itu penyebab hilangnya bahagia, maka tidak ada seorang pun manusia yang akan bahagia kerana semua manusia pasti diuji.
Atas dasar itu, ujian hidup bukan penyebab hilangnya bahagia. Sebagai perumpamaannya, jika air limau nipis diletakkan di atas tangan yang biasa, maka kita tidak akan berasa apa-apa. Sebaliknya, jika air limau itu dititiskan di atas tangan yang luka maka pedihnya akan terasa. Jadi apakah yang menyebabkan rasa pedih itu? Air limau itu kah atau tangan yang luka itu? Tentu jawapannya, luka di tangan itu.
• Metafora air limau dan luka di tangan
Air limau itu adalah umpama ujian hidup, manakala tangan yang luka itu ialah hati yang sakit. Hati yang sakit ialah hati yang dipenuhi oleh sifat-sifat mazmumah seperti takbur, hasad dengki, marah, kecewa, putus asa, dendam, takut, cinta dunia, gila puji, tamak dan lain-lain lagi. Ujian hidup yang menimpa diri hakikatnya menimbulkan sahaja sifat mazmumah yang sedia bersarang di dalam hati. Bila diuji dengan cercaan manusia, timbullah rasa kecewa, marah atau dendam. Bila diuji dengan harta, muncullah sifat tamak, gila puji dan takbur.
Justeru, miskin, cercaan manusia dan lain-lain itu bukanlah penyebab hilang bahagia tetapi rasa kecewa, marah dan tidak sabar itulah yang menyebabkannya. Pendek kata, ujian hidup hakikatnya hanya menyerlahkan sahaja realiti hati yang sudah tidak bahagia lama sebelum ia menimpa seseorang.
Dengan segala hujah di atas terbuktilah bahawa pendapat yang mengatakan bahagia itu datang dari luar ke dalam adalah tertolak sama sekali. Ini kerana faktor “kesihatan” hati jelas lebih dominan dalam menentukan bahagia atau tidaknya seseorang berbanding segala faktor luaran. Ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa kebahagiaan itu datang dari dalam ke luar – soal hati.
• Inilah erti bahagia
Secara mudah kebahagiaan itu ialah memiliki hati yang tenang dalam menghadapi apa jua ujian dalam kehidupan. Inilah erti bahagia yang sebenar selaras petunjuk Allah di dalam Al Quran. Firman Allah:
“Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.” Al Ra’du 28.
Rasulullah S.A.W. juga telah bersabda:
” Bahawasanya di dalam tubuh badan manusia ada seketul daging. Apabila ia baik, baik pulalah seluruh badan, tetapi apabila ia rosak maka rosak pulalah seluruh badan. Ingatlah ia adalah hati. ” (riwayat Bukhari Muslim)
Rasulullah S.A.W bersabda lagi:
” Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda tetapi kekayaan itu sebenarnya ialah kaya hati “
Kaya hati bermaksud hati yang tenang, lapang dan merasa cukup dengan apa yang dimiliki – bersyukur dengan apa yang ada, sabar dengan apa yang tiada.
Oleh itu hati perlu dibersihkan serta dipulihara dan dipelihara “kesihatannya” agar lahir sifat-sifat mazmumah seperti amanah, sabar, syukur, qanaah, reda, pemaaf dan sebagainya. Kemuncak kebahagiaan ialah apabila hati seseorang mampu mendorong pemiliknya melakukan kebaikan dan menghindari kejahatan dan larangan yang ditentukan oleh Islam dengan mudah dan secara “auto pilot”.

Thursday, June 2, 2011

:: Tentang K.A.M.I ::



hahahaa..nie sume ceritera kami ber4....setelah dekat setahun x jmpe..pas konvo dulu..nie la 1s time kiteowg jumpe semule..lepak same..makan same2..bergelak ketawe bersame..n shopping bersame2 gax... nie lah antara kenangn yg sempat kiteowg snapkn dlm camera masing2...=)
kt blakang tu lah bus yg kitewog nak naek...SKS KL..aku+Miz Wiyah
nie pic mase sebelum bertolak dr BP ke Seremban....aku+cik seha
time to eat..mase nie kteowg da sampai Bangi....actually kiteowg dah turun at terminal  S'ban,,tp xde snap pic sbb masing2 kepenatan kowt...cmne kiteowg sampai Bangi..??haaa..tu rahsia kite ber4..=P

yeah....nie pic kt stesen Komuter UKM...sempat aje kami berposing..lalalaa..
tiket komuter UKM-Midvalley..


Antara pic2 yg kiteowg snap ..jln sane-sini..snap sini -sana....
Cik Yana

Cik Seha

Miz Wiyah

membelek tudung kt masjid india
purple+hijau+orange+biru
demam POC~
hahaha..byknye harte kiteowg
ngan patung pon jadik..
tggu LRT





sebelum pulang..
Naek bus semule utk pulang ..sob..sob..jumpe lg ye kawan2....i'll miss sat moment..

Friday, May 6, 2011

.: INSAN YANG KU SAYANG :.

Pagi ini aku berteleku
Menepis segumpal rasa yang kian merajaiku
Sebuah nama mengisi sudut jiwaku
Mak…
Kucuba untuk merungkai kata demi kata
Bait demi bait
Namun tidak  aku temui apa yang kucari
Kerana tak ada yang melebihimu
Kelembutan mahupun keperkasaanmu
Mak…
Allah telah  menjadikanmu sebagai mentorku
Mengajarku akan makna hidup
Memapahku saat ku terjatuh
Menjadi perisai dalam jeratan  duniawi
Yang mengerti ketulusanku
Mak…
Jubah kasihmu yang telah kau sulam ini
Biarlah ianya terus menghangatkanku
Dalam pekatnya jiwaku
Mak…
Tiada kata yang boleh di ungkapkan
Kesempurnaan dalam ketidaksempurnaanmu
mahupun perjuangan dan pengorbananmu
Dalam melahirkanku dan membesarkanku
Dalam diamku aku berteriak


Terima kasih, Mak….

Terima Kasih atas segalanya....
Tanpamu, siapa lah aku ....


----------------------------

Thursday, May 5, 2011

.: Hikayat Cinta :.

Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.
Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta… Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.
Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan. Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.
Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.
Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.
Cinta sejati ialah kasih Tuhan kepada hambaNya. Kasih murni ialah kasih ibu bapa kepada anaknya. Kasih saudara masa berada. Kasih sahabat masa binasa. Kasih suami isteri sepenanggungan. Kasih orang menaruh harapan.
Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar menyintainya setulus hati
Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya cinta !
Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.
Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya
Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.
Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.
Ada cinta yang agung antara hamba dan Tuhannya. Cinta kudus antara bonda dan anaknya. Ada cinta rafik yang setia. Ada cinta berahi antara kekasih teruna dara. Ada cinta persaudaraan yang tiada bandingnya. Ada cinta sesama makhluk yang begitu mulia dan cinta dikatakan hampir tidak memilih usia. Ia juga tidak mengira rona bangsa. Tidak ada miskin kaya dalam catatan kamus cinta. Justeru, cinta dikatakan sesuatu yang cukup luar biasa dalam cakerawala hidup setia jiwa.

p/s: .suke tgk picta kt atas 2..pakcik n makcik tu mmg loving couple in da year lah.. so sweet kan....so renung-renungkn lah ye....misz fanna juga mengharap dpt menikmati cinta sejati yg abadi mcm pakcik n makcik kt picta 2..mudah-mudahan .insyaallah..amin..=) check it out!!.