About Me

My photo
--- juz ordinary gurlz--- "say with humbleness, thanx u a lot , for all the blessings that u give me, for my health, for my famly, for my love ,for my work,my friends & for everything.. give opportunity to those who forgot u & those who don't know u, to know u & get a share of your kindness & mercy.."

anak Ugik

anak Ugik

Friday, May 6, 2011

.: INSAN YANG KU SAYANG :.

Pagi ini aku berteleku
Menepis segumpal rasa yang kian merajaiku
Sebuah nama mengisi sudut jiwaku
Mak…
Kucuba untuk merungkai kata demi kata
Bait demi bait
Namun tidak  aku temui apa yang kucari
Kerana tak ada yang melebihimu
Kelembutan mahupun keperkasaanmu
Mak…
Allah telah  menjadikanmu sebagai mentorku
Mengajarku akan makna hidup
Memapahku saat ku terjatuh
Menjadi perisai dalam jeratan  duniawi
Yang mengerti ketulusanku
Mak…
Jubah kasihmu yang telah kau sulam ini
Biarlah ianya terus menghangatkanku
Dalam pekatnya jiwaku
Mak…
Tiada kata yang boleh di ungkapkan
Kesempurnaan dalam ketidaksempurnaanmu
mahupun perjuangan dan pengorbananmu
Dalam melahirkanku dan membesarkanku
Dalam diamku aku berteriak


Terima kasih, Mak….

Terima Kasih atas segalanya....
Tanpamu, siapa lah aku ....


----------------------------

Thursday, May 5, 2011

.: Hikayat Cinta :.

Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.
Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta… Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.
Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan. Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.
Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.
Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.
Cinta sejati ialah kasih Tuhan kepada hambaNya. Kasih murni ialah kasih ibu bapa kepada anaknya. Kasih saudara masa berada. Kasih sahabat masa binasa. Kasih suami isteri sepenanggungan. Kasih orang menaruh harapan.
Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar menyintainya setulus hati
Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya cinta !
Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.
Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya
Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.
Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.
Ada cinta yang agung antara hamba dan Tuhannya. Cinta kudus antara bonda dan anaknya. Ada cinta rafik yang setia. Ada cinta berahi antara kekasih teruna dara. Ada cinta persaudaraan yang tiada bandingnya. Ada cinta sesama makhluk yang begitu mulia dan cinta dikatakan hampir tidak memilih usia. Ia juga tidak mengira rona bangsa. Tidak ada miskin kaya dalam catatan kamus cinta. Justeru, cinta dikatakan sesuatu yang cukup luar biasa dalam cakerawala hidup setia jiwa.

p/s: .suke tgk picta kt atas 2..pakcik n makcik tu mmg loving couple in da year lah.. so sweet kan....so renung-renungkn lah ye....misz fanna juga mengharap dpt menikmati cinta sejati yg abadi mcm pakcik n makcik kt picta 2..mudah-mudahan .insyaallah..amin..=) check it out!!.

Tuesday, May 3, 2011

.: Begitulah Cinta :.


Jika kamu memancing ikan…. setelah ikan itu terlekat dimata kail hendaklah kamu mengambil terus ikan itu…. janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja…. kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin akan menderita selagi ia masih hidup
Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang… setelah ia mula menyayangimu
hendaklah kamu menjaga hatinya…. janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja….
kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu.. 

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah 
menganggap ia begitu teguh…. cukuplah sekadar keperluanmu. Apabila sekali ia retak…. tentu sukar untuk kamu menampalnya semula…. akhirnya ia dibuang…. sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi….
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya…. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan
janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa…. anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan
kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. …Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga keakhirnya.. ..
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi… yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelazatan.Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan… yang kamu pasti membawa kebaikan kepada
dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu kehilangannya dan kamu akan menyesal apabila dia beralih arah.