About Me

My photo
--- juz ordinary gurlz--- "say with humbleness, thanx u a lot , for all the blessings that u give me, for my health, for my famly, for my love ,for my work,my friends & for everything.. give opportunity to those who forgot u & those who don't know u, to know u & get a share of your kindness & mercy.."

anak Ugik

anak Ugik

Thursday, January 13, 2011

Hakikat Cinta~

Memburu cinta memang baik, tapi cinta yang datang tanpa diburu adalah lebih baik – Shakepeare

Karenah Cinta... Yeah! Macam macam karenah kalau nak diceritakan tapi ini bukan bermakna perempuan tidak layak bercinta atau cinta perempuan tidak sejati. Antara karenah perempuan bercinta adalah seperti orang nak bercinta dia nak bercinta juganak bercinta sebab cemburu tengok kawan perempuan lain ada teman lelaki, dan macam macam lagi. 
1. Seorang perempuan memburu cinta lelaki yang tidak mencintainya
Salah satu contoh karenah perempuan bercinta dalah cemburu apabila melihat kawan perempuan yang lain sudah mempunyai teman lelaki. Untuk mengelakkan dirinya diejek oleh kawan kawan yang mengatakan dirinya tidak laku, satu matlamat dan misi telah dipasang, iaitu mendapatkan cinta daripada seorang lelaki. Lelaki yang menjadi target itu mungkin sekarang berada dalam dilema.
Sebagai contoh, mengikut kisah seorang kawan yang selalu bercerita tentang masalah yang dia selalu dihubungi oleh seseorang atau dalam bahasa mudah diganggu oleh seorang perempuan yang tidak dikenalinya. Sejak dari saat pertama perempuan itu menghantar SMS kepadanya, dia berada dalam dilema. Bagaimana perempuan itu mendapat nombor telefonnya? Kenapa perempuan itu minat pada dia sedangkan mereka tidak pernah kenal? Antara persoalan yang bermain difikirannya sehinggakan membuatkan dia berada dalam dilema samaada untuk menolak atau menerima cinta daripada orang yang dia tidak pernah kenal itu. Kehidupan dia tergangu dengan kehadiran perempuan itu sehinggakan pelajaran dia juga terjejas.
Secara logiknya, wajarkah perempuan itu berbuat sedemikian untuk mendapatkan cinta semata mata cemburu melihat kawan lain sudah berpunya dan menjadikan lelaki tersebut berada dalam dilema? Wajarkah juga lelaki itu untuk menerima cinta tersebut?
2. Kawan yang meminatinya dijadikan tempat mengadu masalah cintanya.
Dilema? Rimas? Geram? Mungkin inilah antara keadaan yang sesuai untuk mengambarkan perasaan seorang lelaki yang menjadi tempat kawan perempuan untuk mengadu masalah cintanya sedangkan dalam masa yang sama dia meminati perempuan itu.
Mungkin diantara anda ada yang berdepan dengan keadaan ini. Tengok orang bercinta nak bercinta juga, tetapi bila dah dapat cinta sering bergaduh dan mempunyai masalah dalam hubungan. Yang merumitkan lagi keadaan apabila kawan yang meminati dan menaruh hati padanya dijadikan tempat untuk mengadu. Memang pedih jika sesiapa yang berada di situasi lelaki tersebut. Yang pasti dalam fikiran lelaki itu adalah untuk terus menaruh hati pada perempuan tersebut atau dia patut mengambil langkah dengan menjauhkan diri daripada perempuan tersebut. Lelaki dalam dilema akibat karenah cinta seorang perempuan.
Sedarlah kita bahawa cinta itu bukan untuk dipaksa. Bukan juga untuk tawar menawar dalam proses jual beli. Sehinggakan ia boleh merimaskan seseorang insan. Sebetulnya, cinta adalah untuk dirasai dan ianya lebih manis jika ada yang memberi.

No comments:

Post a Comment